-
sepakan paling power WORLDCUP 2006
@ 2006-06-21 – 09:58:34
-
belum cukup tinggi...?!
@ 2006-06-21 – 09:51:15

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah… sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja… dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan… kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.Pemilik rumah tumpangan menjelaskan…
“Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu…”
Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu..
“Encik.. kenapa tidak jadi menginap?”
Sambil mengangkat bahu… pelancong yang kekurangan wang itu menjawab…
“Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi”
-
misteri yang blom terungkai
@ 2006-06-19 – 09:48:59
Dari kacamata Sains manusia (Homo Sapiens) adalah sang mamalia dilengkapi otak berfikiran tinggi. Makhluk yang hampir sama dari segi genetiknya dengannya pula dimiliki oleh Cimpanzi. Setelah dikaji dengan sedalam-dalam maka mereka (ahli sains) telah membuat kesimpulan dengan hujah-hujah yang berteraskan logik akal semata-mata bahawa manusia itu sendiri berasal dari monyet akka beruk.
Kajian ini juga bertentangan dengan ajaran agama langit yang mengatakan manusia itu berasal dari tanah dan nenek moyang manusia itu adalah Adam dan Hawa. Jika kita mempercayai dengan asal-usul manusia yang debentangkan oleh teori big bang akka si Darwin serta artikelnya ini (meletakkan segala punca yang terjadi adalah dari kebetulan) sahlah kita sudah mencalarkan imej manusia yang bergelar Khalifah dengan meletakkan posisi kita yang berasal dari binatang yang tidak berakal.
Bukanlah saya ingin mempertikaikan tentang perbezaan pendapat dan hukum alam ini namun tahukah anda bahawa tumbesaran kita didalam rahim ibu wujudnya satu proses yang mana jika kita kekurangan 1.5% genetik maka kita akan bertukar menjadi Cimpanzi?. Ajaib sungguh.. namun itu adalah hakikatnya yang patut kita tahu.

Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Ahli sains masih belum dapat mengungkai MENGAPAKAH bayi yang baru keluar dari rahim ibu mengenggam tangannya semasa beliau dilahirkan?. Seperti biasa para ahli ilmuwan sains meramalkan bahawa kejadian ini berlaku kerana leluhur moyang kita. Cuba perhatikan seekor anak beruk atau monyet yang kecil harus selalu bergayut pada ibunya pada kadar genggaman kuat agar tidak terlepas mendapatkan perlindungan. Sang ibu monyet pula tidak mampu menjaga anaknya 100% jika ia melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. Jika tiada genggaman ini maka anaknya selalu dalam bahaya dan berkemungkinan akan jatuh terhempas ke bumi.
Katanya manusia itu berevolusi. Jika benarlah teori Big Bang (manusia berasal dari monyet), maka menjadi sangat sayu dihati ini melihatkan monyet-monyet yang ada sekarang kerana tidak sempat di ‘transform’ menjadi manusia. Jika tidak tidak mereka mungkin sudah menonton Astro dirumah dan tidak perlu lagi menghuni pokok-2 dihutan. Menjadi persoalan di hati saya apakah sebabnya mereka ini tidak menukar diri menjadi manusia lagi?. Adakah kita manusia ini dari golongan monyet spesis lain?. kalau alasan Evolusi, adakah mereka juga tidak berevolusi?. Ntahlah.. yang pasti jika anda mandalami ilmu sains perkara diatas harus dipercayai. Walaupun begitu bukan hanya ajaran agama sahaja yang bertentangan dengan pendapat Darwin ini malah ada juga artikel yang kurang senang dengan teorinya itu.
-
mari mengira...
@ 2006-06-19 – 09:24:34
Satu
Dua
Tiga
Siapa cepat kena lekuk.
Siapa lambat kena cepuk.
Dah tu?.
Nak buat macam mana?.
Ingat senang sangat ker?.
Sekali lagi, aku yang paranoia dengan realiti.
Huh!.
-
bila kera berkata-kata
@ 2006-06-19 – 09:24:03
"Dalam melakukan semua perkara kita mesti beretika. Etika dalam hidup kita adalah prinsip yang harus dipegang untuk kesejahteraan semua. Juga sebagai tanggungjawab sosial kita. Jadi, ini adalah salah satu konsep etika yang mana ia merupakan suatu prinsip untuk kesejahteraan semua, tidak tertulis namun nilai ini harus dipegang oleh semua." Penerangan aku.
"Jadi, undang-undang untuk apa?" Tanya aku pula.
"Undang-undang untuk diCABAR!!." Jawab kera yang bercakap itu.
"Hampeh!" dalam hati aku. sesukahati kaulah...aku tak kesah
-
aku sebutir klip kertas
@ 2006-06-19 – 09:23:10
Saya adalah sebutir klip kertas. Nama saya Ahmad Klip Danial bin Stapler. Sebenarnya bapa saya bukan bernama Stapler. Dia cuma bapa angat saya sahaja. Oleh kerana waktu saya lahir itu orang masih jahil-jahil lagi, maka dia dan ibu angkat saya, Liquid Paper, telah mem'bin'kan saya begitu. Anak angkat tidak boleh di'bin'kan dengan bapa angkat. Haram hukumnya.
Ibu bapa angkat saya itu orang putih, sebab itu ejaan namanya begitu. Mereka orang putih, tapi saya tidak tahu dari mana. Sebab saya telah ditinggalkan oleh mereka itu semasa saya kecil. Sejak kecil saya telah dihantar untuk tinggal di dalam sebuah kotak biru, bersama kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa angkat yang lain. Bilangan kanak-kanak disini amat ramai, tidak boleh dibilang dengan jari, kerana kami semua tidak ada jari.
Walaupun nama saya Ahmad Klip Danial bin Stapler, tetapi orang lain selalunya memanggil saya dengan nama "Klip" sahaja, atau kadang-kadang "Klippy".
Sebenarnya kanak-kanak lain pun nama mereka "Klip" juga. Semasa kecil kami suka mempermain-mainkan nama masing-masing, antara satu sama lain, untuk mengisi masa lapang. Maklumlah, berada di dalam kotak itu memang membosankan. Kawan saya akan memanggil saya "Klepet", dan saya mengejek dia "Klupus". Walaupun kami tahu, kalau dia mengejek nama saya bermakna dia mengejek nama dia sendiri, tapi kami tetap lakukan juga. Sebab, mempunyai nama yang sama memang amat membosankan.
Kadang-kala, semasa kami bangun tidur, kami perasan ada beberapa orang kanak-kanak yang hilang. Orang kata mereka telah diculik di malam hari dan dipaksa membuat kerja yang berat, iaitu mengepit kertas. Saya tidak seperti mereka, saya tidak percaya cerita-cerita dongeng semacam itu.
Sehinggalah pada suatu malam, ia berlaku kepada saya. Ketika saya sedang nyenyak tidur, tiba-tiba saya terasa seperti diangkat. Bila saya membuka mata, rupa-rupanya saya berada di dalam tangan manusia. Mula-mula saya tidak tahu dia adalah manusia, sehinggalah dia memperkenalkan diri dia dengan berkata, "Hoi klip, aku ini manusia!". Saya hairan bagaimana dia boleh tahu nama saya.
Tiba-tiba, dia mencapai hujung kaki saya dan membengkokkannya! Kaki saya sekarang sudah jadi lurus, tidak bengkok lagi. Walaupun dia membengkokkan kaki saya sedemikian rupa, tetapi saya tidak berasa sakit, kerana saya tidak mempunyai hujung-hujung saraf yang peka kepada rasa sakit. Kemudian dia membengkongkan kaki saya lagi, di tempat yang lain pula. Aduh! Eh, terlupa, saya tidak boleh berasa sakit.
Kemudian, dengan berhati-hati, dia memasukkan saya ke dalam mulutnya, dan mengkorek-korek giginya dengan kaki saya. Dia ingin mengeluarkan cebisan daging yang tersekat pada giginya yang berlubang itu. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya dia berjaya. Dia berasa gembira. Saya pun tumpang gembira juga kerana telah dapat membantu orang untuk berasa gembira.
Namun begitu, setelah kejayaan itu dapat dikecapi, saya telah dibalingkan ke atas meja. Tersisih dan terbiar begitu sahaja. Malah saya kini sudah cacat, tidak lagi membengkok dengan cantik seperti dahulu. Beginilah nasib saya sekarang, tidak berguna lagi. Mungkin suatu hari nanti kalau ada daging yang melekat digiginya lagi, barulah dia akan teringat kepada saya. Setiap malam saya akan menangis dan berdoa agar hari bahagia itu berlaku...
- Aku bingung, apa penjodoh bilangan untuk klip kertas?
-
biarlah rahsia - siti nurhaliza
@ 2006-06-19 – 09:22:04
AKHIRNYA penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza mula berbicara mengenai cinta. Walaupun enggan mendedahkan nama jejaka yang berjaya menawan hatinya, gadis manis ini mengakui dia sudah dewasa dan cukup matang untuk membincangkannya.
____________________________
Rabu, 8 Feb 2006.
Tuan Hj Abu menberitahu bahawa Tun Dr.M yang terlebih dahulu telah dapat mengahwini Siti.
Aku membidas dgn selamba, bukan Tun Dr.M yg dikaitkan dgn Siti tapi Datuk K lah Tuan Haji.
En.Nasrul dan Tuan Hj Abu tergelak sakan mendengar apa yang aku cakapkan.
Siapa cakap Tun Dr.M kahwin dgn Siti Nurhaliza, kan nama bini dia Siti Hasmah, Kata Tuan Haji tersenyum kambing.
cis, orang tua ni....camnerlah aku bleh tak ingat.
-
aku diam sahaja
@ 2006-06-19 – 09:20:55
Kau tumbuklah ulu hati aku,
Kau tetaklah rusuk aku yang kiri,
Kau rodoklah perut aku,
Sentap ususku,
Kepak lututku,
Dan hayunlah tajak itu tepat antara dua mataku,
Sampai otakku terburai,
Dan darah memancut-mancut.
Aku akan diam sahaja,
Tanpa sepatah kata,
Sebab aku ini lembab lagi bangang dan tolol.
Atau mungkin juga sebab aku sudah mati,
Bukankah kau sudah tajak kepala aku tadi?
Sampai otak terburai-burai.
-
cerita tentang ikhlas
@ 2006-06-19 – 09:19:43
semakin lama aku semakin sedih duduk di sini. bila aku fikir-fikirkan sebenarnya tiada apa yang harus aku sedihkan. seharusnya aku gembira dan bahagia. aku percaya, gembira dan semangat itu seiringan. tapi di mana semangat itu? walaupun gembira sentiasa di hati. namun di wajah tidak. aku masih tidak faham apa yang mempengaruhi sebenarnya.
setelah berfikir kira-kira seminggu, baru aku pasti. semuanya akan seiringan dalam kehidupan kita seharian hanya jika kita IKHLAS .
kerana ramai antara kita tidak IKHLAS dalam kehidupan seharian. bibir mengungkapkan IKHLAS , namun sebenarnya tidak disebaliknya.
contoh yang biasa:-
i. ucap IKHLAS bersahabat dihadapan, namun di belakang tetap sinis.
ii. ucap IKHLAS bekerja, namun realitinya seleweng.
iii. ucap IKHLAS membantu, namun di hatinya lain.
iv. ucap IKHLAS menderma, namun di kirinya pandangan.
sebenarnya aku mahu HATI YANG TENTERAM. AMIN sesukahati kaulah...aku tak kesah
Posts archive for: June, 2006










