Search blog.co.uk

Posts archive for: May, 2006
  • ***sayang***

    Wahai sayang ku….!
    Jikalau disatu hari nanti….
    Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita
    Serulah aku!
    Pasti aku akan segera datang disisi mu
    Walaupun aku tidak dapat mengembirakan mu ketika itu
    Yang pastinya…
    Aku akan turut serta berduka menangis bersama2 mu!

    Wahai sayang ku….!
    Jikalau disatu hari nanti
    Engkau ingin lari berpindah ketempat lain
    Serulah aku!
    Kerana aku tidak akan menghalang niat mu
    Cuma aku….
    Ingin juga lari berpindah ketempat lain bersama2 mu!

    Wahai sayang ku….!
    Jikalau disatu hari nanti
    Engkau lihat lidah ku sudah menjadi bisu dan kelu
    Segeralah datang kepada ku
    Kerana ketika itu….
    Aku sedang didalam kerinduan
    Dan sedang tersangat dahaga
    Memerlukan diri mu dan kehadiran mu…!

  • ***puisi pantai***

    Dihujung sana…
    Ditepian ombak yang sedang memukul pantai
    Kelihatan anak-anak ikan sedang bermain
    Menari sambil bernyanyi
    Terasa bebas indah sekali

    Di tepi pantai ini…
    Aku melihat
    Satu lukisan yang panjang
    Terukir diufuk langit
    Garis biru berwarna warni.
    Berlari di sana sini.

    Tiupan sang bayu terus membelai
    Sambil membisikan kata-kata
    Membuatkan hati terasa sendu
    Terkenangkan sesuatu
    Di antara Tuhan dan aku

  • ***berarak***

    Seorang ibu tua sedang mendonggak ke langit tinggi...
    Terkenang wajah seorang bapa yang penuh duka...
    Melihatkan si anak yang masih terus menari...
    Menyanyi sambil mendongak tinggi...
    Menanti harapan sehingga ke pagi...

    Siap tahu?
    Bulan akan jatuh ke riba?
    apabila melihatkan si Awan yang masih juga berarak dengan megahnya!

    Kita tentu sudah mengerti tentang perkara itu...
    Bukankah itu satu lagenda sejarah?

    Mainan laksamana di atas bahtera...
    Adalah satu lakonan yang sementara...
    Mimpi semalam pasti berulang lagi!
    Kemanakah kita seharusnya pergi?

    Detik... detik...masa...
    Masih sahaja berwajah lama...
    Sampai bila harus begini? .......

  • ***puisi kota mimpi***

    Dalam mimpi ku
    Aku melihat diri ku
    Dicakari dan dicumbui
    Oleh noda dan debu-debu kota...

    Dalam angan ku
    Aku merasa diri ku
    Menjadi tuan yang menakluk segala rasa
    Yang menggoda dan membinasa...

    Dalam diri ku
    Ada tangisan yang mengejek
    Mengapa masih berdansa
    Tanpa irama pengalun kata...

    Dalam kota ku
    Yang penuh debu angin panas
    Mengajak diri ini berdiri tegak
    Meniup seruling sakti
    Buat pembuka minda
    Pembangkit jati diri...

  • ***puisi cerpen hidup***

    Barangkali ada yang terfikir...
    Adakah tulisan yang ku tulis ini sebuah cerpen? Atau sebuah journal?
    Entahlah...
    Apa pun yang mereka kata, tidak sedikit pun dapat mengubah apa-apa.

    Sebuah cerpen..?
    Sekuntum puisi...?
    Sebuah journal...?
    Seribu orang...seribu tanggapan.

    Apa yang penting ialah terus menulis.
    Biarlah pena ini berlari terus untuk merakamkan segala ingatan yang ada dibenak fikiran ini.

    Ingatan tentang kehidupan ku di kota.
    Ingatan tentang kisah hidup kawan2 ku dan ahli keluarga ku.
    Tentang keretakan rumah-tangga.
    Tentang tidak kesampaian segala cita-cita.
    Tentang anak2 yang sudah berubah menjadi bertambah liar dan tidak dapat diduga.
    Tentang harapan seorang ibu yang ingin melihat rukun damai anak beranak hidup serumpun berkumpul berkeluarga.
    Tentang lemah dan pudarnya semangat pahlawan dan serikandi agama.
    Tentang pupusnya selera terhadap budaya sendiri.
    Dan...seribu kisah mata memandang.

    Memang hidup di kota penuh cabaran dan pengaruh yang pelbagai...
    Seribu perlumbaan kearah kejayaan dan kemajuan.
    Siapa cepat dia dapat!
    Siapa lambat dia rugi!

    Aku melihatkan itu semua dengan satu pandangan yang sayu penuh tanda tanya.
    Apakah nasib budaya agama ku?
    Apakah nasib bangsa ku?
    Apakah nasib anak2 ku?....
    Adakah ini semua satu sandiwara..?
    Entahlah....!
    Yang pastinya, aku akan tetap terus menulis.
    Selagi kemampuan, semangat dan hayat ini masih ada...

  • ***mungkir bahagia***

    baru-baru nie hangat di radio...berulang-ulang diputar...berkali-kali diminta...satu fenomena baru...tapi...bila aku hayati...indah sungguh penulisan lirik nie...aku post kan liriknya di sini...agar ada yg sudi membaca...sudi menghayati...

    Dihimpit dicengkam rindu ini
    Gerimis duka ku
    Menggamit kenangan silam
    Resah dan pilu menghampiri
    Sunyinya malamku kelam
    Pedih kemelut cinta
    Dingin kelu bicara
    ‘Tuk mengungkap rindu
    Sayangku mungkir pada kejujuranmu
    Menolak segala bahgia dihadapanku
    Kasihku mungkir pada kata janjiku
    Berlari aku jauh dari cintamu
    Kukesali
    Dikanyut dilambung ombak lara
    Sepiku berkelana
    Melayari jiwa nestapa
    Menggagahi rasa kesayuan
    Leburlah harapan cinta
    Namun kesetiaanmu
    Kugenggam bagai hukuman
    Mengheret langkahku
    Maafkan daku
    Kekasih hati cinta kita berakhir
    Maafkan daku
    Kerna ku memungkirinya
    Maafkan daku
    Kekasih hati cinta jadi begini
    Maafkan daku
    Ku mungkir bahagia

  • ***mari menulis***

    seru bangsa kita menulis

    Kadang2 aku tersenyum dan terpegun sendiri ketika membaca berbagai2 tulisan yang ada didalam ruang blog percuma yang begitu banyak sekali terdapat dimaya web ini.

    Berbagai2 keluhan.. luahan.. pendapat.. nasihat.. pengalaman hidup.. telah dapat ku baca hasil lelah-payah daya fikir dari penulis2 yang menulis diblog masing2.

    Aku amat kagum dengan semangat dan kemahuan mereka2... yang telah sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menulis!  

    Aku merasa bangga terhadap mereka! 

    Aku terfikirkan sesuatu....

    Alangkah indahnya...  kalau semua orang melayu turut serta mengambil bahagian untuk menulis!

    Alangkah bagusnya...  kalau ramai orang melayu yang turun kepadang blog mengasah bakat menulis!   Tentu sekali aku akan dapat melihat lebih banyak pendapat dan luahan hati dari manusia2...  bangsa ku sendiri.   Aku yakin...  tentu banyak sekali yang ingin mereka curahkan didalam alam penulisan dimaya blog ini.

    Bayangkanlah...
    Kalau ramai orang melayu bangsa ku sendiri... sudah mula berani meluahkan pendapat masing2?   Sudah mula berani dan jujur memerah akal untuk berfikir buat menulis?  Sudah mula berani berdakwah menyampaikan berita yang baik2 untuk kebaikkan sekelian umat manusia?

    Alangkah manisnya melihat...
    Tulisan2 dari tangan bangsaku sendiri... yang menulis didalam blog dalam berbagai2 bidang dan tajuk!   Dalam berbagai2 gaya dan corak.  Dalam berbagai luahan hati dan pendapat! 

    Hasilnya....tentu....
    Akan bertambah bijaklah daya fikir bangsaku...  akan bertambah luaslah skop horizon pandangan mereka...  akan pudarlah rasa ragu2 dari dalam diri mereka secara perlahan2... akan timbullah daya yakin didalam diri mereka...  akan bertambahlah hubungan diantara satu sama lain...  akan runtuh dan hilanglah perangai suka memencil diri dan sembunyikan diri...  akan timbul lah jiwa2 patriot...  timbullah semangat2 berani...  timbullah bintang2 gemilang...  timbullah sinar harapan!

    Menulis itu satu amal...  menulis itu satu dakwah...  menulis itu satu luahan...  menulis itu satu experasi...  menulis itu satu kreativiti...  menulis itu satu aktiviti yang sihat...  menulis itu satu keindahan dan seni...  menulis itu mudah...  menulis diblog percuma adalah sesuatu yang bebas! 

    Marilah bangsaku...
    kita ajak anak2 kita menulis...  kita ajak kawan2 kita menulis...  kita ajak orang2 yang sedang bingung menulis...  kita ajak orang2 yang sedang susah dan miskin menulis...  kita ajak orang2 yang sedang rajin berusaha untuk berjaya didalam hidup supaya menulis...  kita ajak orang2 yang sudah ternama supaya menulis...  kita ajak .....kita ajak.. kita pelawa...

    Supaya... hidup ini ada jua yang sudi mendengar dan membaca tentang kisah mereka...  supaya ada juga yang sudi bersimpati dan mengerti...  supaya terlindung mereka dari kerja2 yang tidak berguna dan sia2...  supaya  dapat mereka meluahkan isi dada mereka...  daripada terpendam dan tersimpul beku didalam urat darah mereka!

    Aku terus tersenyum sendiri.
    Dan...  aku masih menanti saat itu.....

  • ***semangat menulis***

    Menulis itu adalah satu kerja seni. Kita akan berfikir dan meluahkan sedikit rasa ketika menulis.

    Pernah seorang kawanku berkata... tulisan seseorang itu sedikit sebanyak akan mewarnakan watak dan pemikiran si penulis itu sendiri.
    Ketika dia berkata begitu... ada sedikit kawan2 baru yang baru mahu mencuba2 menulis mulai merasa gusar.

    Sambil tersenyum... aku cuba memberi mereka perangsang. - Awak orang jangan takut. Kalau mahu menulis... kita mesti berani. Biarkan orang lain cuba meneka siapa kita? Bukankah itu akan membuat suasana dunia penulisan dan penulis bertambah menarik?

    Aaaahhh..... Itu semua adalah satu kenangan silam yang telah lama berlalu..... Kenangan semasa aku berada di sudut penulis perpustakaan TCS..... bergiat didalam bidang penulisan kreatif dan sastera melayu .....

    Masa berlalu begitu pantas.....

    Teringatkan kesah yang lama itu... membuatkan aku bertambah bersemangat. Timbul kembali keinginan dan semangat menulis didalam diri ini. Kadang2 fikiran ini terlalu penuh dan tidak teratur disebabkan banyak sangat yang ingin ku tulis! Ingin ku luahkan segala pengalaman hidup ku. Ingin ku tuliskan segala pengalaman suka dan duka diri ini didalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar ini!.... yang kadang2 menang dan kadang2 kalah!

    Barangkali... ada yang suka dan ada yang kurang bersetuju dengan tulisan ku ini. Bukankah itu adalah sesuatu yang lumrah didalam dunia penulisan?.....

    Adat hidup didunia, banyak orang banyak ragam. Itulah keindahan warna kehidupan! .......:)

Footer:

The content of this website belongs to a private person, blog.co.uk is not responsible for the content of this website.